Monday, May 23, 2011

al fatihah

salam, heheheh.tq lah sape yg jenguk-jenguk blog aku yang maha buruk ni.specially mention kat my bro yang kununnya nak follow my blog lah.ikut mu lah nak follow ke tak.jangan jadi macam Salleh Yaakob lak nak kahwin empat ye.hehehehhe.
so after berfikir sampai nak mampus, aku memutuskan untuk tidak melakukan rombakan untuk blog aku ni.aku tak mahu lah buat cerita-cerita hindustan itu.macam bosan je.
sebelum aku melalut lebih lanjut, aku nak share something.
pada hari sabtu yang lalu, iaitu 21 Mei aku telah kehilangan seorang nenek saudara yang telah kembali ke rahmatullah akibat sakit tua. nama arwah adalah Mariam bt Satin, tapi kami panggil dia Wan Cik aje. sedih memang sedih walaupun kami tau dia dah lama sakit. setiap kali ada yang bukak kain jenazah, aku akan menangis.aku akui aku memang banyak dosa dengan dia sebab banyak perkara.terkilan gak sebab tak mintak maaf dengan dia.namun aku harapkan kemaafan dari dia, dan aku pun dah maafkan dia.
allah tu maha pengampun dan maha penyayang, allah juga maha kuasa.malam sebelum arwah meninggal, aku ada bau wangi sangat disisi aku, even mak saudara aku pun bau jugak.nauzubillah.bertuahnya arwah.dia meninggal dengan penuh keredhaan yang maha kuasa.aku mohon begitu juga padamu Ya ALLAH.permudahkan lah kematianku nanti Ya-ALLAH. dan aku mohon kau ampunkan dosa-dosaku yang menggunung bak gunung.
tapi pada tarikh itu juga, negara digemparkan dengan kejadian tanah runtuh yang mengorbankan anak-anak yatim di Selangor.Innalillah.sedih sangat aku tengok penjaga-penjaga mereka yang menangis mengharapkan supaya anak-anak mereka selamat.tapi aku yakin ini bukanlah bala atau balasan Allah, cuma yang pasti Allah menyayangi mereka sangat-sangat.mereka adalah insan yang tidak berdosa langsung.langsung tidak.
aku mohon agar roh mereka ditempatkan di tempat-tempat orang beriman, begitu juga untuk wan cik aku.

AL-FATIHAH
[1] Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
[2] Pujian bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam.
[3] Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
[4] Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari Akhirat).
[5] Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan.
[6] Tunjukilah kami jalan yang lurus.
[7] Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang dimurkai ke atas mereka, dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.

No comments:

Post a Comment