Sunday, June 26, 2011

5 perkara 1 satu hari

bau-bauan yang buat aku angau setiap masa.

1) bau kopi- aku tak tau kenapa menda alah ni yang menjadi pilihan aku yang pertama. aku bukan lah seorang coffee addict yang tegar (tapi wajib minum pagi-pagi) even kopi ni boleh buat aku feel dizzy, tapi aku memang suka bau kopi.ia membuatkan aku terawang-awang.terasa aku seperti di alam lain yang sangat mendamaikan. tapi aku takkan bau kopi kapal api yer..sebab takut melambung ke atas bulan macam dalam iklan tu.

2)minyak cap kapak-benda yang wajib ada pada aku kalau aku travel jauh especially kalau naik bas ekspress.aku ni memang ada sindrom mabuk darat kalau travel guna bas ekspress, maybe sebab bau-bau yang sangat busuk ditambah dengan asap bas memang membuatkan aku mereng sekejap.tapi kalau ada menda alah ni, selamatlah sikit aku rasa walaupun not 100 percent. tapi minyak angin lain aku tak suka sangat, maybe dia tak berangin macam bau minyak cap kapak.kalau syarikat ni nak cari duta, aku pon boleh.tak payah banyak sangat bayar.100 juta pon cukup.

3)bau asap- mereng ke apa aku ni.'hoi tak tau ke bau asap ni akan merosakkan paru-paru kita jika disedut lama-lama'? aku tau. tapi aku buat-buat tak tahu aje.sebab apa bau asap ni kadang-kadang best lah.tapi aku tak suka bau asap rokok sebab takut kena sakit jantung.(motif??).aku suka bau asap api sampah sarap yang dibakar tu.tak tau rasa camne, tapi ia beshhhhhh...

4)minyak wangi adidas fruity rhythm-eleh koman tol bau ni!. memang koman pon. tapi kan ia wangi, so ia seronok untuk dibau lah. my favourite perfume, adalah adidas fruity rhythm.ish walaupun tak mahal macam dolce& gabbana, gucci,marc robinson or any branded item, tapi aku suka bau ni.ia menenangkan jiwa aku.any special mention adalah untuk semua losyen-losyen badam any brand sebab ia ternyata wangi.

5)bau kentut- haikkktuihhh....pengotor gilerbabas lah. eh jangan tak tau, bau kentut ni sebenarnya penawar sakit kepala. tak caya? tanyalah pakcik google. confirm ada. tapi aku suka bau kentut aku aje.orang lain tak lah suka malah benci amat. walaupon busuk, tapi apa kesah. tu kan kentut kita.lagipon bukan sampai tahap keluar taik pon...haikkkktuihhhhhhhhhhhhh.


sori, saya wangi okeyh

Saturday, June 25, 2011

saya budak praktikal

salam.ahh betapa malasnya aku nak menulis dalam blog ini. satu perkara yang sangat membuatkan aku malas, adalah dengan menulis. kadang-kadang aku pelik juga macam mana aku boleh ambik course wartawan sedangkan hakikatnya aku ni seorang yang sangat malas menulis. masa kat sekolah, bila disuruh buat karangan, aku akan bertukar watak menjadi seorang yang paling 'blur' sekali dekat sekolah..heheheh.serious bosan menulis ni.

emmm...cam nak share pengalaman aku masa jadi budak praktikal dekat salah satu pusat media terbesar di Malaysia ni, iaitu Bernama. maybe tak berapa familiar sangat dan tak sefamous tv3 or astro, tapi kalau korang rajin baca suratkhabar or tengok berita, pasti tau menda alah ni. Bernama ni macam media rasmi kerajaan dan Malaysia lah macam AFP or Agensi, dimana ia membekalkan berita-berita dalam negara kepada media asing dan juga tempatan.kiranya macam tempat rujukan lah. bak kata bekas member wartawan aku dari media lain 'kalau nak confirm berita ni, tunggu bernama or rtm kuarkan dulu'. wah kadang-kadang cuak gak.yelah ne tau ada yang salah fakta( walaupun ia pernah terjadi pada aku, nasib baik tak kena saman).

tempoh 6 bulan memang banyak mengajar aku untuk menjadi seorang wartawan yang baik. walaupun aku akui ia masih tak cukup, tapi aku bersyukur sebab dah tau bagaimana kepayahan seorang wartawan untuk mendapatkan sumber berita mereka untuk ditulis sebelum dihebahkan kepada orang awam. percayalah ia bukan satu perkara yang senang, especially untuk aku, seorang budak L.I yang kena berdikari di kota metropolitan Kuala Lumpur. sejuta kepayahan aku rasai.

setiap hari semasa L.I aku, tak de apa yang aku minta kecuali segera tamat dan tidak mendapat tugasan yang maha berat sebab ketakutan untuk membuat kesalahan dan dimarahi oleh editor aku sangat tinggi. percayalah editor-editor aku semuanya garang. tapi nasib baik aku ada lagi 2 orang kawan terbaik yang sama-sama belajar di IKIP  membuat L.I di tempat  sama, atleast takde lah aku terpinga-pinga untuk 1st day kan.diorang ni lah tempat aku mengadu, mengumpat, marah, gelak-gelak, buat gila-gila dan macam-macam lagi. even aku berterima kasih sangat dekat cik FarahLiyana kerana sudi menumpangkan aku dekat umah dia selama 1 minggu di Rawang, walaupun aku kena bangun seawal 5 pagi untuk ke tempat kerja.ehehhehehe..tulah pengalaman yang paling 'ngantuk' aku rasakan...hehehehhe...

banyak pengalaman dan memori yang sangat kelakar, pahit, manis untuk aku telan selama tempoh 6 bulan tu.
bayangkan di hari pertama aku ditugaskan membuat berita bersama dengan seorang senior laki di pejabat menteri Datuk Rais Yatim, aku terlupa untuk menulis nota. aku sebenarnya terpana-pana.tak tahu nak buat apa.aku hanya tengok menteri tu aje.wartawan lain sibuk menulis, aku pula hanya berdiri terpinga-pinga.sampailah senior tu tanya aku, apa yang aku tulis. aku jawab' saya tak tulis lah abang'.terkejutnya dia.nasib baik dia tak marah-marah sangat.tapi malu lah jugak dengan dia kalau terjumpa. hehehehhe....bagi seorang wartawan, buku nota dan pen adalah perkara yang sangat-sangat penting dan ia perlu ada setiap masa dengan seorang wartawan.banyak lagi peristiwa yang membuatkan aku tersenyum sendiri kalau diingatkan, tak kiralah ia peristiwa manis, pahit atau tawar.

pada bulan 5, aku ditukarkan ke meja sukan bersama Siti Sarah yang juga belajar bersama-sama aku di IKIP dulu.disini aku cukup seronok. nak kata aku sukakan sukan, tidak lah 100 peratus, tapi aku enjoy di meja sukan ini. walaupun aku pernah kena marah teruk-teruk dengan editor, tapi aku suka dengan meja ni sebab ada ketua meja sukan akan backing aku bila kena marah-marah. di meja sukan ini aku bebas untuk keluar masuk. dan dekat sinilah aku dapat masuk Litar Antarabangsa Sepang dengan percuma atas pas wartawan, kalau tak, susah wooo..

at least, masa untuk meninggalkan tempat ini telah tiba. adalah rasa sikit hiba dan sedih tapi 99 peratus dalam diri aku dah rasa lapang dan lega sangat macam sebiji batu yang sangat besar telah hilang dari kepala aku.bukanlah aku ni tak bersyukur dengan peluang keemasan untuk menjalani latihan industri di organisasi media terbesar di negara(bukan senang nak masuk Bernama), tapi ah...biarlah aku sendiri yang tahu tentang hati aku pada masa itu.

tapi terima kasih pada mereka-meraka yang banyak mengajar aku untuk menjadi seorang wartawan yang baik, walaupun masih ada banyak perkara yang aku tak tahu. pada kawan-kawan sekerja aku yang banyak bagi semangat kala aku down giler-giler. terima kasih banyak-banyak pada yang berkenaan walaupun korang tak baca blog ini,hehehehe.

Friday, June 10, 2011

saya dan kisah rani mukherjee

sekarang tengah ada angan-angan,
angan apa?
nak jumpa rani mukherjee.
sapa tu?
pelakon bollywood
pasal apa nak jumpa?
sebab dia 'best'
best tang mana?
tang mata ngan senyum dia
dia berlakon cite pe?
banyak dah.paling famous Kuch-Kuch Hota Hai, Saathiya, Veer Zaraa, Hum Tum, and latest No One Killed Jessica.
dia selalu berlakon ngan sapa?
Yang Khan-khan lah.Hrithik Roshan pun ada.
start bila suka dia?
sejak ku melihatnya dalam filem Kuch-Kuch Hota.Damn, she's gorgeous man!!!!
sampai bila nak suka dia?
sampai bila-bila lah
suka sampai tahap obses ke ni?
absolutely.kalau dia dok malaysia aku akan jadi stalker dia..hehehehehhe
artis malaysia tak suka ke?
suke sikit-sikit aje.tak sebanyak sukakan rani mukherjee
selalu 'google' dia ke?
sokmo.hari-hari..
tak takut ke orang kutuk-kutuk?
owh tak...........................................go to hell lah!!!!

sila tengok her picture okeyh!!!  
first scene yang buat aku angau kat dia
dengan hero yang paling aku suka~Datok SRK (datok lah sangat)


cantik kan dia pakai sari.
tengok mata dia.Masyallah. i wish i had a same eyes
cantek kan beliau?~senyuman dia meruntun hatiku

Thursday, June 09, 2011

lima perkara satu hari

5 perkara

 membuatkan aku moody sepanjang hari.

1) kena marah. bab ni aku paling tak suka. aku benci orang yang marah-marah tanpa sebab yang munasabah. giler aku stress bila berhadapan dengan orang-orang macam ni. sebab apabila diorang marah, diorang akan berleter, dan apabila diorang berleter aku rasa macam nak sepak aje. tapi kalau orang tu gila-gila marah, aku akan menjadi seperti seekor semut aje.

2) lapar. arghhh..aku benci bila lapar.ia membuatkan mood aku macam t**k. orang-orang yang tak bersalah akan jadi mangsa aku. maksud aku, jadi tempat lepaskan geram jelah. yelah bila lapar, apa yang kita ingat kecuali M.A.K.A.N.A.N! sebab tu aku akan elakkan dari lapar, kalau tak jangan harap nak bercakap dengan aku (tu jelah yang mampu aku buat)

3) berhadapan dengan orang pemalas. sekeliling aku ni ramai yang pemalas dari yang rajin. taklah cakap aku ni rajin bebeno, tapi kalau umah or ada pinggan mangkuk bertingkat-tingkat tu, takdelah aku nak biorkan. and bila kita suruh kemas, tapi masih tak kemas-kemas , tu nak merasa kutukan aku lah tu.

4) dikutuk-kutuk. sapa yang suka kena kutuk kan? kucing korang pon kalau kena kutuk dia kutuk balik kalau boleh bercakap. aku paling tak suka bila orang kutuk pasal fizikal kita. i mean, either kita kurus or gemuk, hitam or terlebih warna, seorang manusia pon tak ada hak nak kutuk kita.ni kan ALLAH punya kerja. lagi satu kutuk mengutuk ni kan, bukan amalan mulia.jadi apa pasal mau kutuk-kutuk orang ni.

5) bila kena kejut pagi-pagi.hahahhaha..rasa macam lawak lak kan? tapi seriously aku tak suka bangun pagi. tapi kalau terpaksa gak, terpaksa lah korang tengok muka paling cun yang pernah aku buat! mak aku sampai dah paham sangat dengan peel aku ni. masa belajar kolej dulu, kawan-kawan aku lah jadi mangsa untuk melihat wajah dan kena marah sikit-sikit.kesian korang kan. maybe aku ikut perangai pak aku kot.coz sememangnya dia begitu

semua yang aku senaraikan except yang no 1 dan 3, aku nak ubah. aku tengah cuba untuk control my mood untuk alasan ke 5 tu. bukan apa kalau kita asyik moody-moody, semua orang tak suka kan. i hope i can.
Chalo, Chalo..