Monday, May 23, 2011

al fatihah

salam, heheheh.tq lah sape yg jenguk-jenguk blog aku yang maha buruk ni.specially mention kat my bro yang kununnya nak follow my blog lah.ikut mu lah nak follow ke tak.jangan jadi macam Salleh Yaakob lak nak kahwin empat ye.hehehehhe.
so after berfikir sampai nak mampus, aku memutuskan untuk tidak melakukan rombakan untuk blog aku ni.aku tak mahu lah buat cerita-cerita hindustan itu.macam bosan je.
sebelum aku melalut lebih lanjut, aku nak share something.
pada hari sabtu yang lalu, iaitu 21 Mei aku telah kehilangan seorang nenek saudara yang telah kembali ke rahmatullah akibat sakit tua. nama arwah adalah Mariam bt Satin, tapi kami panggil dia Wan Cik aje. sedih memang sedih walaupun kami tau dia dah lama sakit. setiap kali ada yang bukak kain jenazah, aku akan menangis.aku akui aku memang banyak dosa dengan dia sebab banyak perkara.terkilan gak sebab tak mintak maaf dengan dia.namun aku harapkan kemaafan dari dia, dan aku pun dah maafkan dia.
allah tu maha pengampun dan maha penyayang, allah juga maha kuasa.malam sebelum arwah meninggal, aku ada bau wangi sangat disisi aku, even mak saudara aku pun bau jugak.nauzubillah.bertuahnya arwah.dia meninggal dengan penuh keredhaan yang maha kuasa.aku mohon begitu juga padamu Ya ALLAH.permudahkan lah kematianku nanti Ya-ALLAH. dan aku mohon kau ampunkan dosa-dosaku yang menggunung bak gunung.
tapi pada tarikh itu juga, negara digemparkan dengan kejadian tanah runtuh yang mengorbankan anak-anak yatim di Selangor.Innalillah.sedih sangat aku tengok penjaga-penjaga mereka yang menangis mengharapkan supaya anak-anak mereka selamat.tapi aku yakin ini bukanlah bala atau balasan Allah, cuma yang pasti Allah menyayangi mereka sangat-sangat.mereka adalah insan yang tidak berdosa langsung.langsung tidak.
aku mohon agar roh mereka ditempatkan di tempat-tempat orang beriman, begitu juga untuk wan cik aku.

AL-FATIHAH
[1] Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
[2] Pujian bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam.
[3] Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
[4] Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari Akhirat).
[5] Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan.
[6] Tunjukilah kami jalan yang lurus.
[7] Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang dimurkai ke atas mereka, dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.

Monday, May 16, 2011

bollywood mari

semalam ada terfikir nak memajukan blog ini.aku nak majukan lagi blog ini.kalau boleh jana pendapatan dari sini ok gak kan?lagipon ada yang dah kaya hanya sebab menulis di blog.bukan je kaya, famous sekali lah.
fikir punya fikir aku pon terlintas nak buat blog tentang dunia hiburan bollywood. amacam okeyh tak?yelah kalau tulis tentang diri kita sangat berapa orang jelah yang nak baca? nak-nak orang mcm aku ni yang takde keistimewaan pon.rupa pon takde, bakat pon takde.
so i decided, mulai saat ini dan ketika aku akan update cerita atau gosip-gosip mengenai Bollywood.so sesape yang minat dengan citer2 hindustan tu leh lah tengok-tengok blog aku.kira macam blog hindustan dalam bahasa melayu lah.hehehhe..
sebab aku nak buat blog mengenai bollywood ni, of course lah sebab utamanya aku minat cerita-cerita hindustan.aku pon tak ingat bila aku jadi followernya, maybe selepas aku tengok cerita Bobby lakonan Rishi Kapoor ngan Dimple Kapadia yang mak abah aku pasang kat umah.rasenye umur aku masa baru 9 tahun. since that, aku jadi minat dengan cerita hindustan. cerita-cerita macam Dilwale Dulhania Le Jayenge (DDLJ), Kuch-Kuch Hota Hai dsb adalah cerita yang wajib aku pasang setiap hari. dan tahap aku berangan menjadi Kajol semakin tinggi dengan 'menerbangkan' kain ke atas sambil menyanyi lagu-lagu hindustan.syok woo...
ada yang tanya apa yang bestnye cerita hindustan ni? balik-balik cerita cinta, menari dan menyanyi, gaduh bunyi dush-dush, cinta terhalang, menari keliling pokok and etc.aku jawab sebab yang semua tu lah menjadikan ia seronok ditonton.hehehhe..seriously aku memang tak boleh tidak mesti dengar lagu hindustan or tengok my favourite actress Rani Mukherjee dalam Youtube.kalau tak tengok, sangap jap.heheheh
okeyh next entry aku akan try untuk update cerita-cerita or gosip mengenai dunia bollywood.yang tengah hot sekarang of course cerita mengenai Festival Film Cannes yang dihadiri Aishwarya Rai  dan Sonam Kapoor.nanti aku upload gambar diorang yang very vogue and the vast okeyh.

p/s: nak tukar nama blog, "minahindustan" okeyh ke? 

Sunday, May 15, 2011

10 wanita tercantik bollywood

emm.hari ni malas nak tulis banyak.arini special entry sikit.aku just nak tunjuk 10 wanita tercantik di Bollywood bagi aku.kenapa aku senaraikan pelakon bollywood?sebabnya.....aku malas nak tulis.tengok je lah yerk ;)

1) Rani Mukherjee


penyebab kecantikan~ mata warna hijau coklat(??) , senyuman paling menawan, sexy killer voice, the curve body, and manis macam gula.

2) Madhuri Dixit

~senyuman yang meruntun jiwaku, muka lembut giler.macam mak-mak yang cun melecun.

3) Aishwarya Rai

~miss world 94, mata paling cantik, muka eksotik giler.body pon ok lah.tp x leh lawan rani aku.hehehe.

4)Karisma Kapoor

~aku rasa lagi lawa dia dari adik dia Kareena Kapoor tu. mata ikut tok dia Raj Kapoor .biru okeyh! paling suka tengok dalam Dil To Pagal Hai. pandai giler menari.

5) Deepika Padukone

 ~pergh..lawa giler.pelakon baru gak lah. suke tgk dimple dia.cantik giler.

6)Anushka Sharma


~Kenal tak?pelakon baru gak.first debut dengan SRK.senyuman dia paling mahal tu.

7) Preity Zinta


~ni semua mesti kenal kan? the bubbly one. yang mahal? of course lesung pipit dia dan juga kegebuaan dia ni..comel gila babas walaopon dah kertu.

8) Katrina Kaif

~ dulu aku tak suka minah ni.tapi lama2 tu aku  rasa dia ada senyuman yang sangat cantik.ada angel look sikit.yang penting minah ni lahir sama tarikh ngan aku okeyh! 16 julai okeyh!

9) Juhi Chawla


~salah seorang yang masih cantik walau dah kertu.muka dia lembut je.mata yang galak.sweet giler makcik ni.

10) Bipasha Basu


~ muka cam typical indian women lah.tapi bagi aku dia cantik.ada dimple okeyh! yang penting body terbaeek.i wish i had body like her!

p/s: wanita melayu cantik gak esp mak kita lah kan, tapi disebabkan aku suka minah-minah hindustan ni, terpaksa lah aku kongsi ngan korang.