Friday, August 19, 2011

5 perkara 1 satu hari

5 jantan ter'marvelous' untuk aku.

1)Aaron Aziz a.k.a Seth Tan

oh abang harun!!
Seorang lelaki melayu yang wajib menjadi pujaan hati para-para anak dara di luar sana.Ish jangan tipulah kalau korang kata tidak.Sebab apa dia menjadi pujaan.meh aku senaraikan.hensem,badan ketak-ketak,senyuman yang menawan dan yang paling penting he's like a ideal husband.a family man.lebih-lebih lagi dengan watak Seth Tan yang dalam citer Nora Elena yang sangat sabar melayan binik dia membuatkan lagi lah ramai minah-minah seperti aku ni jatuh cinta padanya.And futhermore  dia jadi Malik dalam KL Gangster,lagi marvelous ,aku tak pernah tengok orang berlawan tapi still hensem.kalah Rajnikant okeyh.

p/s; suka nama Seth Tan,cute but naughty

2) Jensen Ackles a.k.a Dean Winchester
macam gambar pasport lah
Si pemburu hantu dalam siri Supernatural.sebagai pengikut tegar citer ni of course aku akan jatuh cinta dengan dia sebab watak dia sebagai seorang yang sangat cool but in same time dia sangat funny.Kalau tengok dia ni, dia ada wajah lelaki sejati kann..rahang pipi tinggi, hidung mancung, mata yang redup..fuhh tu memang menjadikan beliau pojaan hati aku..tapi sayang dia ni jarang berlakon filem-filem besar.cubalah Michael Bay ni amik dia berlakon citer Transformer tu, ni tidak. Shia Lebouf yang kemetot tu dipanggilnya.Haiktuihhhhh!

3)Ben Rappaport
shit cumel
Tengok nama macam terpeleot(betul ke) pon ada.tapi don't judge a book by it's cover.seriously aku baru kenal dia semalam selepas tertengok cerita Outsourced kat tv2 semalam.tup-tup aku leh sangkut pulak dengan mamat ni.aku rasa dia hensem lah.aku suka tengok senyuman dia.manis sangat.walaupun aku rasa macam tak cukup tinggi je mamat ni, tapi okeylah untuk rakyat Malaysia kan.He's totally charming guy.

p/s: dia ada lesung pipit dowhhhh...

4)Andy Lau

pinjam handphone maa
Test aku memang berubah-ubah.Tapi sebenarnya aku ni tak lah suka sangat Chinese look ni sebab aku suka yang hitam manis, macam aku gak.huhhu...tapi aku tak boleh menidakkan kesukaan aku kepada pakcik Andy Lau ni.walaupun dia dah kertu tapi dia still ada rupa yang kacak.macam bad boy tapi still ada sifat gentleman dalam wajah dia ni.aku suka dia dalam citer Internal Affair tu.macho dowh...

5) Shah Rukh Khan
i'm the best
Dah nama minat hindustan kan, mesti lah kena ada mamat ni.Kadang-kadang aku tengok beliau ni taklah handsome mana pon, tapi kadang-kadang tengok ada pulak rupanya.daya penarik of course lesung pipit dia yang sangat dalam tu.dia ni pon macam Aaron Aziz, family guy(but ada rumours dia ada skandal dengan Priyanka Chopra),but whatever.selain tu dia memang King of Romance.kalau tengok filem-filem dia mesti kita akan terasa kitalah heroin itu.

Thursday, August 18, 2011

5 perkara 1 satu hari

5 filem yang WAJIB aku tengok sebelum aku mati.

1) Inception

'The best film in 2010'. itu antara review manusia-manusia yang dah tengok citer ni.dan ia adalah filem wajib yang harus ditonton oleh semua pencinta movie.oleh kerana aku pencinta movie yang tegar,aku juga harus menonton filem ini.satu filem yang boleh buat someone mereng sekejap kalau tengok sekali seumur hidup coz cerita ini bukan senang untuk difahami lebih-lebih lagi insan seperti aku ni.yang lembap cam siput khinzir.malas nak tulis sinopsis sebab dari situ pun aku tak berapa faham and tak tahu nak elobrate kan ia.
p/s: still mencari sumber-sumber untuk menyedut filem ini, tapi hampa.totally shitton!

2) Kuch-Kuch Hota Hai


'What the fish!'. tu diaaaaa cita hindustan maa.biaq pi lah noooo.aku memang hantu hindustan walaupon sekarang k-pop gula-gula sedang melanda dunia ibarat tsunami menenggelamkan bandar di Jepun itu.aku akan mengharunginya dengan gigih dan tabah.fullshit.seriuosly dah dekat 16 juta kali dah aku tgk cite ni, tapi still aku kena tgknya untuk melengkapkan carta ini.cliche hindi movie but dah memang citer hindi movie kena nangis-nangis, golek-golek dog, kelahi-kelahi dan sewaktu dengannya.yes walaopon aku tak berapa suka srk dengan kajol, tapi demi rani mukherjee yang sangat cute+beauty+charming+gorgeous+sexy aku teruskan jugak menonton cerita ni sampai lebam.

3)Forest Gump


Aku ni penggemar filem yang tegar, lebih-lebih lagi filem yang menjana minda.erk!!aku suka lakonan tom hanks sebab aku rasa dia tak hensem, jadi senang lah aku nak fokus pasal lakonan dia dari aku tengok kehenseman aktor itu.take a sample 'Johnny Depp'.dah pernah tengok citer ni tapi waktu tu aku tak mengerti tentang jalan cerita ni, so ia wajiblah menjadi filem yang harus aku tonton sebelum aku mampus.

4) The Curious Case of Benjamin Button


Kan aku dah kata jangan ada mamat hensem dalam mana-mana movie, especially abang Brad Pitt, confirm aku kena tengok.aku suka cerita yang out sikit dari tema kebiasaan,yelah nak jugak menjana minda baru meransang akal dan adrenalin kan.fuh malas nak taip pasal citer ni.pergi cari pakcik google je kalau nak tau camne.
p/s; ada satu citer hindustan sebiji citer ni.tajuk paa.tapi tak besh pon.

5) Madu Tiga


Finally, ada gak citer melayu.tapi apasal filem yang dah lama.so....suka hati lah nak letak citer pe.one of the best comedy movie pernah dihasilkan.genius tak genius nye p.ramlee ni sampai citer bermadu pon boleh dijadikan movie yang serius funny.lakonan yang sangat real especially bini tua, keasyikan suara bini tengah dan kecantikan kekal bini ke3.ia wajib aku tengok kalau datang bulan meroyan.