Monday, May 16, 2011

bollywood mari

semalam ada terfikir nak memajukan blog ini.aku nak majukan lagi blog ini.kalau boleh jana pendapatan dari sini ok gak kan?lagipon ada yang dah kaya hanya sebab menulis di blog.bukan je kaya, famous sekali lah.
fikir punya fikir aku pon terlintas nak buat blog tentang dunia hiburan bollywood. amacam okeyh tak?yelah kalau tulis tentang diri kita sangat berapa orang jelah yang nak baca? nak-nak orang mcm aku ni yang takde keistimewaan pon.rupa pon takde, bakat pon takde.
so i decided, mulai saat ini dan ketika aku akan update cerita atau gosip-gosip mengenai Bollywood.so sesape yang minat dengan citer2 hindustan tu leh lah tengok-tengok blog aku.kira macam blog hindustan dalam bahasa melayu lah.hehehhe..
sebab aku nak buat blog mengenai bollywood ni, of course lah sebab utamanya aku minat cerita-cerita hindustan.aku pon tak ingat bila aku jadi followernya, maybe selepas aku tengok cerita Bobby lakonan Rishi Kapoor ngan Dimple Kapadia yang mak abah aku pasang kat umah.rasenye umur aku masa baru 9 tahun. since that, aku jadi minat dengan cerita hindustan. cerita-cerita macam Dilwale Dulhania Le Jayenge (DDLJ), Kuch-Kuch Hota Hai dsb adalah cerita yang wajib aku pasang setiap hari. dan tahap aku berangan menjadi Kajol semakin tinggi dengan 'menerbangkan' kain ke atas sambil menyanyi lagu-lagu hindustan.syok woo...
ada yang tanya apa yang bestnye cerita hindustan ni? balik-balik cerita cinta, menari dan menyanyi, gaduh bunyi dush-dush, cinta terhalang, menari keliling pokok and etc.aku jawab sebab yang semua tu lah menjadikan ia seronok ditonton.hehehhe..seriously aku memang tak boleh tidak mesti dengar lagu hindustan or tengok my favourite actress Rani Mukherjee dalam Youtube.kalau tak tengok, sangap jap.heheheh
okeyh next entry aku akan try untuk update cerita-cerita or gosip mengenai dunia bollywood.yang tengah hot sekarang of course cerita mengenai Festival Film Cannes yang dihadiri Aishwarya Rai  dan Sonam Kapoor.nanti aku upload gambar diorang yang very vogue and the vast okeyh.

p/s: nak tukar nama blog, "minahindustan" okeyh ke? 

No comments:

Post a Comment