Saturday, June 25, 2011

saya budak praktikal

salam.ahh betapa malasnya aku nak menulis dalam blog ini. satu perkara yang sangat membuatkan aku malas, adalah dengan menulis. kadang-kadang aku pelik juga macam mana aku boleh ambik course wartawan sedangkan hakikatnya aku ni seorang yang sangat malas menulis. masa kat sekolah, bila disuruh buat karangan, aku akan bertukar watak menjadi seorang yang paling 'blur' sekali dekat sekolah..heheheh.serious bosan menulis ni.

emmm...cam nak share pengalaman aku masa jadi budak praktikal dekat salah satu pusat media terbesar di Malaysia ni, iaitu Bernama. maybe tak berapa familiar sangat dan tak sefamous tv3 or astro, tapi kalau korang rajin baca suratkhabar or tengok berita, pasti tau menda alah ni. Bernama ni macam media rasmi kerajaan dan Malaysia lah macam AFP or Agensi, dimana ia membekalkan berita-berita dalam negara kepada media asing dan juga tempatan.kiranya macam tempat rujukan lah. bak kata bekas member wartawan aku dari media lain 'kalau nak confirm berita ni, tunggu bernama or rtm kuarkan dulu'. wah kadang-kadang cuak gak.yelah ne tau ada yang salah fakta( walaupun ia pernah terjadi pada aku, nasib baik tak kena saman).

tempoh 6 bulan memang banyak mengajar aku untuk menjadi seorang wartawan yang baik. walaupun aku akui ia masih tak cukup, tapi aku bersyukur sebab dah tau bagaimana kepayahan seorang wartawan untuk mendapatkan sumber berita mereka untuk ditulis sebelum dihebahkan kepada orang awam. percayalah ia bukan satu perkara yang senang, especially untuk aku, seorang budak L.I yang kena berdikari di kota metropolitan Kuala Lumpur. sejuta kepayahan aku rasai.

setiap hari semasa L.I aku, tak de apa yang aku minta kecuali segera tamat dan tidak mendapat tugasan yang maha berat sebab ketakutan untuk membuat kesalahan dan dimarahi oleh editor aku sangat tinggi. percayalah editor-editor aku semuanya garang. tapi nasib baik aku ada lagi 2 orang kawan terbaik yang sama-sama belajar di IKIP  membuat L.I di tempat  sama, atleast takde lah aku terpinga-pinga untuk 1st day kan.diorang ni lah tempat aku mengadu, mengumpat, marah, gelak-gelak, buat gila-gila dan macam-macam lagi. even aku berterima kasih sangat dekat cik FarahLiyana kerana sudi menumpangkan aku dekat umah dia selama 1 minggu di Rawang, walaupun aku kena bangun seawal 5 pagi untuk ke tempat kerja.ehehhehehe..tulah pengalaman yang paling 'ngantuk' aku rasakan...hehehehhe...

banyak pengalaman dan memori yang sangat kelakar, pahit, manis untuk aku telan selama tempoh 6 bulan tu.
bayangkan di hari pertama aku ditugaskan membuat berita bersama dengan seorang senior laki di pejabat menteri Datuk Rais Yatim, aku terlupa untuk menulis nota. aku sebenarnya terpana-pana.tak tahu nak buat apa.aku hanya tengok menteri tu aje.wartawan lain sibuk menulis, aku pula hanya berdiri terpinga-pinga.sampailah senior tu tanya aku, apa yang aku tulis. aku jawab' saya tak tulis lah abang'.terkejutnya dia.nasib baik dia tak marah-marah sangat.tapi malu lah jugak dengan dia kalau terjumpa. hehehehhe....bagi seorang wartawan, buku nota dan pen adalah perkara yang sangat-sangat penting dan ia perlu ada setiap masa dengan seorang wartawan.banyak lagi peristiwa yang membuatkan aku tersenyum sendiri kalau diingatkan, tak kiralah ia peristiwa manis, pahit atau tawar.

pada bulan 5, aku ditukarkan ke meja sukan bersama Siti Sarah yang juga belajar bersama-sama aku di IKIP dulu.disini aku cukup seronok. nak kata aku sukakan sukan, tidak lah 100 peratus, tapi aku enjoy di meja sukan ini. walaupun aku pernah kena marah teruk-teruk dengan editor, tapi aku suka dengan meja ni sebab ada ketua meja sukan akan backing aku bila kena marah-marah. di meja sukan ini aku bebas untuk keluar masuk. dan dekat sinilah aku dapat masuk Litar Antarabangsa Sepang dengan percuma atas pas wartawan, kalau tak, susah wooo..

at least, masa untuk meninggalkan tempat ini telah tiba. adalah rasa sikit hiba dan sedih tapi 99 peratus dalam diri aku dah rasa lapang dan lega sangat macam sebiji batu yang sangat besar telah hilang dari kepala aku.bukanlah aku ni tak bersyukur dengan peluang keemasan untuk menjalani latihan industri di organisasi media terbesar di negara(bukan senang nak masuk Bernama), tapi ah...biarlah aku sendiri yang tahu tentang hati aku pada masa itu.

tapi terima kasih pada mereka-meraka yang banyak mengajar aku untuk menjadi seorang wartawan yang baik, walaupun masih ada banyak perkara yang aku tak tahu. pada kawan-kawan sekerja aku yang banyak bagi semangat kala aku down giler-giler. terima kasih banyak-banyak pada yang berkenaan walaupun korang tak baca blog ini,hehehehe.

3 comments:

  1. kunjungan gan.,.
    bagi" motivasi.,.
    Kegagalan tidak seharusnya membuat kita rapuh .,.
    tapi justru itulah cambuk kita menuju kesuksesan.,.
    di tunggu kunjungan balik.na gan.,.,

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. Tengah intern kat bernama n x sabarr nak hbsssss

    ReplyDelete