Friday, August 19, 2011

5 perkara 1 satu hari

5 jantan ter'marvelous' untuk aku.

1)Aaron Aziz a.k.a Seth Tan

oh abang harun!!
Seorang lelaki melayu yang wajib menjadi pujaan hati para-para anak dara di luar sana.Ish jangan tipulah kalau korang kata tidak.Sebab apa dia menjadi pujaan.meh aku senaraikan.hensem,badan ketak-ketak,senyuman yang menawan dan yang paling penting he's like a ideal husband.a family man.lebih-lebih lagi dengan watak Seth Tan yang dalam citer Nora Elena yang sangat sabar melayan binik dia membuatkan lagi lah ramai minah-minah seperti aku ni jatuh cinta padanya.And futhermore  dia jadi Malik dalam KL Gangster,lagi marvelous ,aku tak pernah tengok orang berlawan tapi still hensem.kalah Rajnikant okeyh.

p/s; suka nama Seth Tan,cute but naughty

2) Jensen Ackles a.k.a Dean Winchester
macam gambar pasport lah
Si pemburu hantu dalam siri Supernatural.sebagai pengikut tegar citer ni of course aku akan jatuh cinta dengan dia sebab watak dia sebagai seorang yang sangat cool but in same time dia sangat funny.Kalau tengok dia ni, dia ada wajah lelaki sejati kann..rahang pipi tinggi, hidung mancung, mata yang redup..fuhh tu memang menjadikan beliau pojaan hati aku..tapi sayang dia ni jarang berlakon filem-filem besar.cubalah Michael Bay ni amik dia berlakon citer Transformer tu, ni tidak. Shia Lebouf yang kemetot tu dipanggilnya.Haiktuihhhhh!

3)Ben Rappaport
shit cumel
Tengok nama macam terpeleot(betul ke) pon ada.tapi don't judge a book by it's cover.seriously aku baru kenal dia semalam selepas tertengok cerita Outsourced kat tv2 semalam.tup-tup aku leh sangkut pulak dengan mamat ni.aku rasa dia hensem lah.aku suka tengok senyuman dia.manis sangat.walaupun aku rasa macam tak cukup tinggi je mamat ni, tapi okeylah untuk rakyat Malaysia kan.He's totally charming guy.

p/s: dia ada lesung pipit dowhhhh...

4)Andy Lau

pinjam handphone maa
Test aku memang berubah-ubah.Tapi sebenarnya aku ni tak lah suka sangat Chinese look ni sebab aku suka yang hitam manis, macam aku gak.huhhu...tapi aku tak boleh menidakkan kesukaan aku kepada pakcik Andy Lau ni.walaupun dia dah kertu tapi dia still ada rupa yang kacak.macam bad boy tapi still ada sifat gentleman dalam wajah dia ni.aku suka dia dalam citer Internal Affair tu.macho dowh...

5) Shah Rukh Khan
i'm the best
Dah nama minat hindustan kan, mesti lah kena ada mamat ni.Kadang-kadang aku tengok beliau ni taklah handsome mana pon, tapi kadang-kadang tengok ada pulak rupanya.daya penarik of course lesung pipit dia yang sangat dalam tu.dia ni pon macam Aaron Aziz, family guy(but ada rumours dia ada skandal dengan Priyanka Chopra),but whatever.selain tu dia memang King of Romance.kalau tengok filem-filem dia mesti kita akan terasa kitalah heroin itu.

No comments:

Post a Comment